![]() |
| Credit : amazing nara |
![]() |
| Credit : eyriqazz |
dari dulu dah saya asyik dengar isu racist nie hebah diperkatakan di facebook... mungkin dah tiba masa bagi pihak tertentu untuk 24/7 memantau aktiviti2 yang ada di facebook... isu racist nie agak sensitif untuk diperkatakan. saya akui, bila baca komen dia mengenai Allah tue, hati saya nie terus panas menggelegak... dia sendiri pun sedar ke dia tu racist? hairan betullah...
kerajaan sibuk dengan isu 1Malaysia tapi masih jugak ada segelintir rakyat yang masih berjiwa macam nie... tak bersyukur ke negara dah aman macam nie? nanti kalau kita nie berbunuhan sesama sendiri, bukankah dia sendiri jugak yang akan binasa?
saya pun tak lah nak menyalahkan Katy tue 100%, saya sendiri pun tak pasti samada dia sendiri yang taip semua komen tue ataupun ada seseorang yang cuba memecahbelahkan 1Malaysia? hurmmm....
apa pendapat anda?
bagi sesiapa diluar sana tue, kalau ya pun nak mengutuk bangsa lain ke, janganlah terlalu open lagi2 di site macam facebook tue... nanti kita sendiri jugak yang susah... buat umat islam, bersabarlah... jangan lah kita pulak yang turut menghina agama lain kerana kita hanya akan menyamakan diri kita dengan mereka dengan berbuat demikian....
Renung2kan.... :)



